Kisah Benar 3 Sekawan Nakal
Maka pada malam itu selepas perut mereka sudah kenyang dengan santapan yang enak, mereka sekalian bermain di meja pool. Sekejap, sejenak, maka habis lah mereka bermain permainan yang mengasyikan itu. Sudah hanya 3 hari masuk ke tahun baru, mereka berasa sungguh bebas dan sungguh seronok dengan keadaan hidup pada ketika itu.
Si Chris, yang paling kaya dan paling kecil dalam kumpulan ini menyarankan bahawa sudah cukup satu hari bermain dan ingin pulang. Maka, Si Ben dan Si Paul pun pergi ke tempat letak kereta... menuju ke kereta Kancil yang sangat kecil bagi orang-orang besar seperti Si Ben & Si Paul.
Selepas memasuki kereta, Si Chris pun memandu keretanya ke palang bergerak yang menghalang kereta daripada keluar, hanya perlu membayar duit syiling sebanyak RM1, untuk perkhidmatan letak kereta. Si Chris dan Si Ben, melayangkan senyuman yang sinis sesama sendiri, dan menyarankan, untuk mengubah penghalang jalan yang boleh diubah kedudukannya, maka Si Ben and Si Paul keluar dari kereta kecil itu dan megubah kedudukan penghalang jalan tersebut ke tepi. Ruangan yang ada pada waktu itu membenarkan kereta kancil mengelak palang bergerak. Si Ben dan Si Paul, ketawa terbahak-bahak apabila Si Chris memandu keretanya melaui ruangan itu, tiada orang memerhati 3 Sekawan ini. Si Ben dan Si Paul, terus menaiki kereta dengan lekas, agar tidak di tangkap, kalau kalau ada pengawal yang mendengar ketawa mereka.
Si Chris menekan minyak keretanya, dan kereta melonjak dan menerju dengan lajunya keluar dari tempat letak kereta itu. 3 Sekawan nakal ini, meyorak dan berketawa tak henti, sehinggalah sampai ke isyarat lalulintas. Apabila menunggu isyarat bertukar menjadi hijau, 6 pasang mata mereka mengintai, lampu-lampu yang berkelip-kelip tidak jauh di hadapan mereka.
BERSAMBUNG....

Labels: Gon Krazy